Ikan Sardin Goreng Berkuah
Assalamualaikum semua.... Selamat Tengahari & Selamat Berhari minggu....
Dari semalam lagi, asyik terfikir-fikir menu apa ye nak masak hari ni... ye lah semua org cuti, tapi, sampailah ke hari ni.... langsung tak ada idea nak masak apa.....
Tengok dalam peti ais, ada ikan sardin dan santan.... teringat hari tu, mak mertua ada bagi resepi ikan sardin goreng yg ada kuah... Hmm... bolehlah, lagipun dah lama dapat resepi ni, tapi tak pernah praktikkan lagi.... belasah je lah... hehe.....
Selalunya kita memang tak tau nak masak ikan sardin kan.... selain daripada di goreng rangup-rangup.... resepi ni memang ada kelainan sedikit... sebab, selepas sardin di goreng, kita masukkan ke dalam kuah dia....
Ok, kita tengok resepi dulu ye,
Bahan-bahannya:-
6 ekor ikan sardin (digoreng)
10 tangkai cili kering (potong & rendam))
2 biji cili masak
2" halia
2 tangkai serai (dititik)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
air asam jawa
santan 2kg
1 biji bawang besar di hiris bulat (untuk di masukkan kemudian)
garam, gula & ajinomoto
1 biji bawang besar di hiris bulat (untuk di masukkan kemudian)
garam, gula & ajinomoto
Cara-caranya-
Mesin semua bahan-bahan di atas kecuali serai, kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan yg telah di mesin tadi.
Setelah naik minyak dan wangi, baru masukkan air asam jawa & santan. Perisakan dengan garam, gula & ajinomoto.
Kemudian, masukkan ikan... dan bawang besar yg dipotong bulat.... didihkan sebentar sehingga kuah agak pekat sedikit.
Bolehlah di hidangkan dengan nasi putih & lauk sampingan lain seperti ayam goreng.
Ok sampai di sini saja, resepi simple & sederhana saya untuk kali ini...
Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment