Assalamualaikum....
Hai, berjumpa lagi..... wah hari ni bersemangat nak tulis blog, pasal hari ni cuti..... Sambil release tension..... seronok jugak ada hobi baru ni....
Resepi kali ni, adalah favourite saya adik beradik.....iaitu, ikan tongkol belah tengah.... ikan di belah tengah, diletak dengan sambal resepi rahsia diatasnya.... (sekejap lagi dah tak rahsia dah).... lepas tu goreng atas kuali.... hmmm, baunya harum semerbak satu rumah.....makan dengan nasi putih pun sedap....
ok, kita tengok gambar dulu ye...
ni lah gambar ikan yg dah siap
untuk nampak lebih clear
Ok, here is the recipe:-
Bahan-bahannya:-
1 ekor ikan tongkol (dibersihkan & dibelah tengah)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
3 biji cili masak
5 biji cili api (letak lebih kalau nak pedas)
1 biji buah keras
garam, gula, ajinomoto
Cara memasak:-
1) Mesin semua bahan-bahan diatas kecuali ikan, letak sekali garam, gula & ajinomoto dalam bahan yg di mesin itu.
2) Panaskan minyak, letak ikan atas kuali, kemudian tuang sambal yg dimesin tadi, ke atas ikan.
3) Gunakan api kecil, supaya ikan betul betul masak... jgn terbalikkan ikan.
4) Sekejap sekejap siram ikan dgn minyak yg digunakan untuk menggoreng. biar sampai sambal diatas ikan berbau wangi & garing.... serta ikan telah masak...
Jgn risau kalau belakang ikan nampak hitam..... memang mcm tu, tapi pastikan jgn sampai hangus.....
ok, selamat mencuba
No comments:
Post a Comment