Hai, berjumpa lagi.....
Kali ni, kita nak bercakap pasal pau pulak..... ramai org, bila dengar nak buat pau mesti rasa... wah leceh lah, beli jelah lagi senang...... betul tak. Saya dulu pun rasa macam tu jugak, buat pau saya rasa benda yg paling susah sekali..... ye lah, selalunye ibu yg masakkan, kita tinggal makan je.... mesti lah senang kan.
Jadi kali ni, saya nak mencabar diri membuat kuih pau ni.....mintak mintak menjadi lah.... Resepi, apa lagi, mintaklah dari ibu tercinta.... (sifu saya tu)....
Bahan bahan dah di beli..... alamak kukus pulak tak de..... almaklumlah, tak pernah teringat nak beli kukus lah..... ye lah, nak buat apa kukus kan.... hehe....
Solutionnye.... pinjam je lah dari sifu..... hehehe (senang kan)
Di sini saya nak kongsi resepi kuih pau ni.... cubalah.....
1/2 peket tepung pau
1/2 peket yis (dah ada dlm kotak pau tu, tak yah beli lagi)
1/2 cawan gula (cairkan dengan air 1 cawan)
1/2 cawan minyak sayur
air untuk melembutkan doh
Cara caranya:-
1) Gaul yis dan tepung pau sampai rata.
2) Masukkan minyak dan gaul dengan tepung tadi sampai rata.
3) Kemudian masukkan gula yang telah dicairkan tadi & uli doh.
4) Masukkan air lagi sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut, dan uli lagi sampai tak melekat di tangan. (adunan tu agak-agak lembut sedikit dari adunan karipap)
5) Doh dah siap, tutp dengan kain basah / lembab sehingga dia naik 2 kali ganda.
6) Bila dah naik, bulat bulatkan, dan tutup lagi biar dia naik lagi
Ok, sementara menunggu adunan naik, kita buat lah inti ye......
Bahan bahan inti daging:-
1 peket daging cincang (jenama Ramli)
2 biji bawang merah (potong dadu) bahagi dua
2 ulas bawang putih (tumbuk)
lada sulah
garam, ajinomoto & gula
tepung jagung (dibancuh dgn air untuk memekatkan inti)
Cara cara membuat inti daging:-
Tumiskan bawang putih yg telah ditumbuk tadi, agak agak dah wangi, masukkan bawang merah dadu tadi, tapi jgn semua masukkann setengah je....
Apabila bawang dah lembut & wangi, masukkan daging. Masukkan air sedikit, dan biar daging sampai lembut.
Setelah daging lembut, perasakan dengan lada sulah, garam, ajinomoto & gula.
Tunggu beberapa minit, masukkan tepung jagung yg telah dibancuh, dah pekat, masukkan bawang merah dadu yg selebihnya tadi. Gaul & sejukkan.
Cara mengisi kuih pau:-
Potong kertas putih segi empat untuk diletakkan di bawah kuih pau.
Ambil, adunan kuih pau yg telah di bulat kan tadi, tekan tekannya... dan isi dengan inti tadi. dan bulat kan kembali....
Letak di atas kertas 4 segi tadi.
Kemudian kukus. (panaskan kukus dulu)
Sedia untuk di hidang.
Wah.... panjangkan cara-cara membuatnya..... jgn takut... ikut step by step, insyaallah menjadi....
selamat mencuba.